STPM Seni Visual (Teori) Kertas 1

Seni Visual (Teori Seni Visual) adalah sumbangan berterusan untuk memperjuangkan semangat dalam bidang seni visual. Kandungan telah dikemaskinikan untuk membantu pelajar yang sedang mengikuti STPM terminal ataupun modular. Banyak contoh apresiasi seni dan beberapa tambahan telah diintegrasikan ke dalam edisi yang sebelumnya. Seni Visual dalam sukatan pelajaran STPM merupakan satu langkah pembaharuan dalam kandungan dan format pelajarannya. Ia lebih memfokuskan kepada teori pengkaryaan dan perekaan, manakala latihamal dalam seni visual telah dikecilkan skopnya berbanding dengan sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual SPM. Namun, ini tidak bermakna teknik-teknik dalam menghasilkan sebuah karya dan rekaan hendaklah diabaikan. Teknik tersebut terus dinilai melalui kertas 2 dan sebahagian daripada kertas 3 dalam peperiksaan akhir tahun dan kerja kursus  sepanjang tahun pembelajaran. Perbezaan yang nyata adalah skop teorinya telah diluaskan dan teknik lukisan menggunakan media kering telah diketengahkan dalam kertas 2. Selain itu, kandungannya juga bertaraf antarabangsa kerana hasil pembelajaran adalah dipadansuaikan untuk melanjutkan pelajaran di insititut pelajaran tinggi seperti reka bentuk grafik, reka bentuk hiasan dalaman, multimedia dan sebagainya. Jadi, pelajar yang mengikuti kursus ini memerlukan kesabaran dalam menguasai teorinya serta teknik penghasilan karya dan rekaan.

            Tujuan terus mengemaskinikan buku edisi ini adalah untuk membantu golongan yang tidak dapat membeli buku rujukan bagi menjayakan pelajarannya dalam bidang seni visual. Buku ini juga bertujuan mengintegrasikan dan menyepadukan isi-isi dan kupasan idea yang lebih menyeluruh dan tepat supaya para pelajar, guru dan penyemak mempunyai persefahaman yang sama semasa mentaksirkan sesuatu soalan dalam konteks seni visual. Selain itu, buku ini juga direka untuk membantu pelajar yang sedang mengikuti program di peringkat diploma dan ijazah, dalam memberi satu konsep asasi sebelum mereka dapat melanjutkan lagi pembelajarannya di bidang yang berkaitan. Kandungan dalam buku ini cuma adalah panduan am kepada para pelajar, pengarang tidak bertanggungjawab ke atas ketidaktepatan dan kesilapan dalam buku ini.


Kandungan (Klik tajuk untuk capai ke topik)

1.1 Pengertian seni 

1.2 Ciri-ciri kesenian

Senarai tajuk akan ditambah, sila subscribe > tekan home > menu kanan followers > tekan follow



🏡Kembali ke Home pengarang

Comments