1.1 Pengertian seni visual

Seni 

Dalam bidang sains, seni ditakrifkan sebagai halus dan kecil. Contohnya, sel merupakan objek yang seni. Selain itu, seni juga merupakan kecekapan dan kemahiran dalam melakukan sesuatu. Jadi, definasi ini tidak ada kaitan dengan pendidikan seni visual. Namun, dalam koteks pembelajaran kita, seni merupakan sesuatu yang indah, cantik dan estetik dalam sesuatu hasil yang bercirikan kesenian. Hasil indah itu adalah suatu bentuk ekspresi. 

Mengikut beberapa definasi yang lain, seni juga merangkumi takrifan seperti benar, elok, yakin dalam sesuatu objek.Secara keseluruhannya, seni merupakan satu bidang ilmu atau kemahiran dalam menghasilkan, mencipta dan menggubahkan sesuatu yang dianggap cantik dan indah (serta kreatif dan tipa induk)

Seni juga sering dikaitkan dengan upacara agama. Orang Mesir dulu membuat rakaman melalui seni pada dinding. Hasil berikut menggambarkan aktiviti pemburuan burung oleh Nebamun. Dua wanita itu adalah isteri dan anaknya. Komposisi dalam karya ini tidaklah realistik tetapi setiap haiwan memanglah diperhatikan dan dirakamkan secara terperinci.

Peristiwa pemburuan


Tips Peperiksaan

Berikan maksud seni

Seni merupakan kemahiran dan kecekapan dalam mencipta, mereka, menggubah dan mengolah sesuatu yang indah dan estetik melalui pancaindera yang sempurna. Hasil itu diatur dengan mahir berdasarkan pengalaman, idea dan pendidikan seniman itu.


👉Kembali ke STPM Seni Visual 

🏡Kembali ke Home pengarang



Comments