Penghasilan objek yang mempunyai ciri-ciri kesenian itu mestilah memenuhi tiga aspek berikut:
Nilai: hasil itu bernilai jika ia mempunyai ciri keindahan yang membolehkan seseorang menghayati dan mengerti nilai estetiknya melalui tafsiran pancaindera (deria) atau pengalaman intelektual. Contohnya, sesuatu catan berkaitan perpaduan kaum dinampak cantik melalui penglihatan dan memang diakui cantik dalam jiwa kerana mesej kepentingan perpaduan dan teknik untuk mengekspreskannya adalah unik dan asli.
Catan bertajuk “Perpaduan |
Fungsi: hasil itu mempunyai fungsi estetik, fungsi penggunaan atau kedua-duanya yang biasanya ditekankan oleh bidang perekaan. Contohnya, meja batu berukiran seni klasik di suatu taman berfungsi sebagai hiasan untuk persekitaran tersebut dan juga boleh diguna untuk meletak barang di atasnya.
Meja batu berukiran seni klasik |
Makna: hasil itu mempunyai konsep dan mesej di sebaliknya yang ditekankan oleh bidang pengkaryaan. Makna itu boleh menyampaikan kecantikan alam sekitar dalam sebuah catan ataupun menyedari orang ramai agar memelihara alam melalui poster dsb. Contoh lain seperti logo merdeka Malaysia yang memberi makna ’Malaysia’ dan ’50 tahun merdeka’ serta pelbagai elemen yang berunsurkan kamalaysiaan
Lanskap yang indah |
Seni merangkumi seni visual dan seni muzik. Lebih meluas lagi, seni masakan yang memfokuskan kecantikan dan persembahan sesuatu makanan, di samping aroma sesuatu makanan.
Comments
Post a Comment