1.3 Seni Visual dan Skopnya

Jika anda tahu, nama subjek ini sebelumnya dipanggil sebagai Pendidikan Seni. Kini, Pendidikan Seni Visual telah diperkenalkan, kenapa? Seperti yang ditekankan dalam modul sebelumnya, bidang seni merangkumi banyak aspek seperti seni masak, seni muzik, seni mempertahankan diri, seni tarian dsb. Untuk mengikis kekeliruan, istilah seni visual perlu diketengahkan kerana ia cuma fokus pada karya dan rekaan yang boleh dilihat melalui mata. Visual bermakna penglihatan. Seni visual biasanya mendorong seseorang itu menikmati dan mangamati hasil itu melalui penglihatan. Suatu masakan mungkin ialah hasil seni visual kerana ia dinilai melalui mata terlebih dahulu. Namun, rasa dan keenakan masakan itu barulah merupakan teras untuk tujuan masakan. Untuk menentukan sama ada sesuatu hasil adalah hasil seni visual, kita haruslah tentukan terlebih dahulu sama ada ia berasal daripada salah satu skop berikut. Skop seni visual agak luas. Ia biasanya diterangkan mengikut jenis hasilnya:

Pengkaryaan: hasil yang mempunyai nilai estetik dan makna di sebaliknya. Ia merujuk kepada lukisan, catan, arca dan cetakan. Karya biasanya dikecapi dengan menikmati kehalusan seni dan kecekapan seniman dalam menghasilkan karya itu.


Perekaan: hasil yang mempunyai nilai estetik dan nilai gunaan. Ia merujuk kepada bidang komunikasi visual, rekaan persekitaran dan rekaan teknologi. Rekaan merupakan sesuatu yang diperbaharui atau sesuatu yang dicipta untuk memenuhi kehendak manusia. Selain keindahan hasil itu, ia jugalah boleh berfungsi dengan baik. 


Aktiviti 1.3a: Pilih lima alat dari bilik darjah anda dan terangkan sama ada mereka adalah hasil seni visual.

Pengkaryaan: Seni halus: Seni halus akan menghasilkan karya sama ada berbentuk 2-dimensi seperti lukisan atau 3-dimensi seperti arca. Ia mencakupi bidang yang lebih profesional iaitu:
  • lukisan
  • catan
  • cetakan
  • arca
Perekaan: Perekaan juga boleh menghasilkaan rekaan 2-dimensi seperti risalah dan 3-dimensi seperti hiasan dalaman. Ia mencakupi bidang yang lebih profesional iaitu:
a.          Komunikasi visual:             1) seni reka grafik
                                                             2) multimedia
b.          Seni reka teknologi:            1) industri
                                                             2) automobil
                                                             3) seramik
                                                             4) fesyen
                                                             5) tekstil
c.          Seni reka persekitaran:      1) lanskap
                                                             2) hiasan dalaman




Comments

  1. Asalamualaikum.
    Salam hormat dan salam silaturahim.
    BERSAMA KAMI SEKIRANYA BERMINAT
    MENGEMASKINIKAN BIODATA DIRI PANEL PENILAI TEKNIKAL BAHAGIAN BUKU TEKS KPM

    Merujuk perkara di atas dipohon pihak tuan/puan mengisi maklumat dalam borang yang dilampirkan(melalui alamat emel anda). Pihak kami mengalu-alukan golongan pendidik yang mempunyai pengkhususan dalam bidang Pendidikan Seni Visual untuk menilai buku teks dari skop bahan grafik, reka letak, prinsip reka bentuk dan nilai estetik.
    Bagi yang berminat, urusan ini bertujuan merekod dan menyimpan bank data untuk penerbitan akan datang. Butiran ini juga diperlukan untuk menjemput tuan/puan bersama KPM dalam program berkaitan KSSR/KSSM, seminar/kolokium, bengkel dan kursus berkaitan penerbitan buku teks.
    Sebarkan maklumat ini kepada rakan sejawat yang berminat.
    Kerjasama tuan/puan didahului dengan ribuan terima kasih.

    Sekian.

    Mohamed Noor bin Othman
    Unit Teknikal Penerbitan Sekolah Menengah
    Sektor Teknikal Penerbitan
    Bahagian Buku Teks, KPM
    Tarikh: 27 April 2011

    Tel: 03- 8884 4430
    017-4709390
    Emel: mnoor_othman@yahoo.com.my
    noor.othman@moe.gov.my

    ReplyDelete

Post a Comment